Senin, 11 Februari 2008

Umat Muslim Wajib " Ittiba "

Wajib Ittiba'(Mengikuti)
Al-Quran Dan As-Sunnah& Larangan Bertaqlid Buta
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang kepada manhaj Salafas-Soleh tidak berselisih memutuskan bahawa setiap muslim wajib kembalidan berpegang teguh hanya kepada al-Quran dan as-Sunnah. Berdasarkandalil-dalil dari kedua-dua kitab tersebut ulama telah berfatwa sertamembuktikan akan wajibnya setiap mukmin mengikuti, patuh, mentaati atau
kembali (ittiba') kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Meninggalkan taqlid buta kemudian kembali atau mengikuti al-Kitab yang diistilahkan sebagai ittiba' adalah dasar kemurnian Islam dan hakikatkeimanan (kesempurnaan iman seseorang mukmin).

Menurut istilah ittiba' ialah:"Ittiba': Ialah apa yang telah ditetapkan yang di atasnya ada hujjah(dalil)."Hujjah yang dimaksudkan dalam ittiba' ialah hujjah dari syara iaitudari al-Quran dan as-Sunnah (al-Hadith yang sahih).
Mengamalkan taqlid buta dalam agama Allah adalah perbuatan yang salah.
Apa yang diwajibkanoleh syara ialah ittiba' kerana tidak akan menjadi muslim yang sebenarsesiapa yang tidak redha mengikut (ittiba') apa yang telah didatangkan :
oleh Allah melalui rasulNya sebagaimana firmanNya

:"Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila mereka diseru kepadaAllah dan rasulNya agar rasul menghukum di antara mereka ialah ucapan:Kami mendengar dan kami patuh. Mereka itulah orang-orang yangberuntung." An-Nur, 24:51.

"Hendaklah kamu sekalian kembali kepada al-Quran ini.
Apa yang kamu dapati telah dihalalkan di dalam al-Quran maka halalkanlah dia dan apa yang kamu dapati telah diharamkan di dalam al-Quran maka haramkanlah dia. Sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w adalah sama juga sebagaimana yang telah diharamkan oleh Allah."

Dalam mentaati ketegasan ayat dan hadith di atas maka setiap mukmin sewajarnya memohon kepada Allah agar dihindarkan dari dijangkiti penyakit dan sikap buruk orang-orang munafik dan musyrikin yang bukan saja suka menentang tetapi juga mencoba menghalang manusia dengan berbagai-bagai alasan agar tidak berittiba' kepada kitab Allah.

sebagaimana firman Allah:
"Apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu (tunduk/kembali/ittiba')kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada rasul, nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalang-halangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mengikuti) engkau." An-Nisa, 4:61.

Di dalam kitab Imam Syafie yang masyhur "Ar-Risalah" beliau telah menekankan melalui fatwanya:"Tidak akan ada perselisihan hukum Allah dengan hukum RasulNya malah semestinya beriltizam dengannya dalam setiap hal (perkara).
"Nas al-Quran dan kenyataan Imam Syafie di atas amat jelas menunjukkan bahawa setiap persoalan hukum ahkam agama wajib (tunduk) berittiba'kepada al-Quran dan al-Hadith.

Menolak al-Hadith sama juga seperti menolak al-Quran kerana kedua-duanya merupakan wahyu yang wajib diimani kemudian dipatuhi tanpa sedikitpun keraguan.

. Firman Allah:
"Dan tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran) menurut kemahuan hawanafsunya. Ucapan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan(kepadanya)." An-Najm, 53:3-4.

Terdapat banyak hadith-hadith sahih yang mewajibkan agar para mukmin berittiba' kepada al-Kitab.
Bagaimanapun seseorang yang mahu berittiba'kepada al-Kitab (al-Quran dan al-Hadith) semestinya mengikut cara yang betul dan selamat, yaitu dengan manhaj Salaf as-Soleh berserta uslubnya(metodnya) sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam Abdulrahman Al-Auzaie:"Berkata Imam Al-Auzaie:
Hendaklah engkau berpegang dengan athar salaf walaupun engkau ditentang oleh manusia. Aku peringatkan engkau (agarberjaga-jaga) pada pendapat manusia walaupun mereka mempersonakan engkau dengan kata-kata yang indah-indah (kata-kata yang menarik atau memikat)."Pandangan, pendapat atau fikrah manusia bukanlah wahyu Ilahi yang boleh dianggap seratus persen selamat dari kekeliruan, kekurangan dan kelemahan. Oleh sebab itu tidak sepatutnya diangkat martabatnya sehingga dijadikan mazhab yang wajib ditaati dan tidak boleh dipertikaikan. Membantah dan membatalkan hujjah-hujjah manusia yang didatangkan oleh fikiran atau ijtihad mereka tidak akan menyebabkanseseorang itu berdosa lebih-lebih lagi jika sudah nyata ia bertentangan dengan al-Kitab. Sebaliknya menentang dan meninggalkan walaupun satu hujjah dari al-Kitab lantaran bertaqlid buta, ta'sub dan ghulu kepada satu-satu mazhab tertentu adalah perbuatan yang mungkar, menyalahi syara dan disepakati oleh jumhur ulama sebagai perbuatan bid'ah yang menyebabkan kekufuran.