Sabtu, 09 Februari 2008

Bid'ah wajib ditentang!!!

BID'AH WAJIB DITENTANG

Disadur ulang oleh buYa dari tulisan:Rasul Dahri
-----------------------------------------------------------------------
Setiap mukmin wajib menentang dan menghapuskan amalan bid'ah melalui sunnah bukan dengan akal, kerana akal bukan hujjah atau senjata untukmenghapuskan kemungkaran bid'ah. Kewajipan untuk memerangi gerakan bid'ah telah dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyah:"Seseorang yang membantah ahli bid'ah adalah mujahid, sehingga Yahayabin Yahaya
berkata: "Pembelaan terhadap sunnah lebih baik daripada jihad".
Bid'ah adalah perbuatan yang sesat, aktivis bid'ah akan terus berdosadan sesat selagi tidak bertaubat dan tidak meninggalkan bid'ahtersebut. Jika ia mengajak orang lain untuk sama-sama melakukannya, danorang yang diajak mematuhinya sehingga melakukan bid'ah tersebut, iaakan mendapat habuan dosa yang sama banyaknya. Malah jika ada orangyang meniru perbuatan bid'ah yang dikerjakan itu, ini juga akanmenyebabkan ia menerima dosa kesesatan yang sama, tidak akandikurangkan walaupun sedikit. Perkara ini telah dijelaskan oleh NabiMuhammad s.a.w sebagaimana hadithnya
:"Dan sesiapa yang mengajak (orang lain) ke jalan kesesatan, dia akanmenanggung dosa yang sama terhadap dosa-dosa orang yang mengikutinyadengan tidak mengurangi sedikitpun dosa itu dari dosa-dosa mereka". H/RMuslim, Abu Daud dan at Turmizi.
Kewajipan setiap Mukmin ialah patuh atau taat terhadap agamanyamengikut landasan yang telah ditetapkan oleh syara' sebagaimana yangterdapat di dalam al-Quran dan al-Hadith tanpa ditambah ataudikurangkan. Melanggar ketaatan agama dan mengkhianatinya dengan caramencoba mempercantik lagi, menokok-nambah, mengubah- suai dan memasukkancara-cara sendiri ke dalam agama adalah perbuatan bid'ah yang mungkar.Melakukan bid'ah samalah seperti mencemarkan kesucian agama Islam yangkamil. Ibn Masoud telah menasihatkan orang-orang yang beriman:
"Hendaklah kamu menurut (mentaati) dan janganlah kamu melakukan bid'ah,maka jika kamu tinggalkan sunnah Nabi kamu, pasti kamu akan sesat.
Allah SWT berfirman:

"Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya,dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali". AN NISAA', 4:115.
Mencintai Allah dan RasulNya bukanlah dengan cara membangkang(menentang) atau merusakkan agamaNya dengan menambah beberapa amalan,mengubah-suai, coba menperindah mengikut dengan selera masing-masing danmemasukkan amalan-amalan yang diciptanya sendiri ke dalam agama untukmenjadikan ciptaannya itu sebagai agama, disetarafkan dengan agama ataudisenilaikan dengan syariat Allah s.w.t.Amat keji perbuatan ulama yang menyamakan amal ciptaannya dengan syariat Allah, kemudian mencampur-baurkan amal-amal ciptaannya denganagama Allah semata-mata untuk memenuhi keinginan hawa nafsunya.
Amat terkutuk si pencipta amal-amal bid'ah tersebut termasuklah para pengikutnya, kerana pada hakikatnya mereka telah membohongi ummahd engan bermodalkan agama.Sesiapa yang mendakwa bahwa bid'ah yang dicipta itu baik, diterima oleh Allah atau setanding dengan agama Allah, maka orang-orang seperti ini merupakan dajjal dan pembohong besar yang menggunakan agama dan nama Nabi Muhammad s.a.w untuk kepentingan dirinya. Segala penipuan mereka itu akan dibalas oleh Allah di akhirat dengan api neraka sebagaimana penjelasan dari hadith Nabi Muhammad s.a.w:
"Sesiapa yang dusta (pembohong) atas (nama)ku, maka hendaklah dia bersiap sedia menerima tempat duduknya dari api neraka". Hadithmutawatir.
Allah mewajibkan setiap Mukmin agar sentiasa patuh dan taat, tidakmelakukan kesyirikan dan tidak pula membatalkan segala amal ibadah mereka dengan perbuatan bid'ah. Ini telah diperingatkan oleh Allah melalui firmanNya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah RasulNyadan janganlah kamu rusakkan (membatalkan) amalan kamu". MUHAMMAD,47:33.

Antara puncak kerusakan akidah dan pembatalan amal ialah kejahilan tentang kesempurnaan syara', sehingga tidak mentaati Allah dan RasulNya sebaliknya mematuhi seruan ahli bid'ah. Akhirnya senang bertaklid buta,ghulu terhadap pemikiran atau pendapat guru dan fanatik kepada sesuatu mazhab tertentu sehingga patuh dan mentaatinya tanpa mengetahui betul atau salah. Kejahilan menjadikan seseorang tidak menyadari apakah amalannya melibatkan bid'ah atau tidak, kerana lazimnya bid'ah yang dikerjakan kelihatan indah, cantik dan diasyikkan oleh syaitan sehingga menyeronokkan dan kelihatan seperti suatu ketaatan kepada Allah danRasulNya.
Ketaatan yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah mentaati Allah danRasulNya dengan "tidak melakukan penambahan (bid'ah)" terhadap agamaAllah yang sempurna ini. Sebaliknya wajib patuh dan menerimanya tanpa ada persoalan, tidak mengubah, tidak menambah atau mengubah-suai supaya dijauhkan dan diselamatkan dari melakukan bid'ah dhalalah.
Allah telah berfirman tentang hal ini:"Apa saja yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu terima dan apa saja yang dilarangnya hendaklah kamu meninggalkannya".ALHASYR, 59:7

Manusia diharamkan masuk campur dalam urusan agama. Agama adalah persoalan amal ibadah yang hanya milik Allah dan ditentukan oleh Allah.Setiap amal ibadah adalah urusan Allah, manusia tidak tahu cara yang bagaimana yang dikehendaki dan diterimaNya kecuali setelah ditentukan sendiri oleh Allah dan RasulNya. Oleh sebab itu adalah haram dan bid'ah dhalalah hukumnya masuk campur, mencipta atau mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama Allah.

Haram dan kufur hukumnya seseorang yang membangkang atau merasa sesuatu yang tidak kena pada agama ini sehingga mau melakukan sesuatu penambahan atau perubahan. Allah s.w.t telah memberi peringatan kepada manusia agar tidak mempertikaikan, tidak merasa ada kekurangan dan tidak pula membangkang agama Islam yang telah mereka anuti. Melakukansesuatu terhadap agama akan menyebabkan terjadinya perbuatan bid'ah yang menyesatkan, akibatnya akan mendapat azab yang pedih di akhiratkelak. Allah s.w.t telah memberi peringatan dengan firmanNya:
"Awaslah bagi mereka yang membangkang apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka, kerana mereka akan ditimpa fitnah atau akan menyebabkan mereka mendapat azab yang pedih". AN NUR, 24:63
Tanda cinta kepada Allah dan RasulNya hanya apabila seseorang itu mentaati segala penentuan syara' yang terdapat di dalam agama ini.Jumhur ulama salaf menghukum kufur bagi sesiapa yang sengaja mencipta sesuatu yang boleh menjadi khilaf, membangkang dan mempersoalkan segala penentuan Allah yang terdapat di dalam agamaNya.Melaksanakan ibadah, apapun bentuknya, masanya, situasinya dan caranya mestilah mengikut contoh yang telah diajarkan, dilakukan dan ditetapkanoleh Allah dan RasulNya di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Apa yang dianggap kebaikan dalam persoalan ibadah jika tidak ada suruhan,keizinan dan contoh dari syara', maka itu semua tidak dapat dinamakan sebagai sesuatu yang hasanah (baik), sebaliknya kelainan seperti itu merupakan bid'ah yang direka-reka, sekalipun amalan bid'ah tersebut kelihatan sempurna, menarik atau indah. Allah telah berfirman:
"Sesungguhnya untuk kamu dari Rasulullah sudah ada contoh yang baik".AL AHZAB, 33:21.